Isnin, 20 Oktober 2008

MALAM SAMBUTAN HARI RAYA 1429H DAN REUNION SMKKKB

MALAM 18 OKTOBER 2008, MENEMPA SEJARAHNYANYA TERSENDIRI APABILA 1,000 BEKAS PELAJAR SMKKKB DARI TAHUN 1959 HINGGA 2007 HADIR KE PADANG SMK KUALA KUBU BHARU, JALAN PADANG TEMBAK. TURUT SAMA MEMERIAHKAN MALAM TERSEBUT ADALAH BEKAS PENGETUA DAN GURU SMKKKB. PENGETUA SEKARANG, CIKGU MANAP JARKASI TELAH MELANCARKAN DENGAN RASMINYA "ALUMNI SMK KUALA KUBU BHARU". ANTARA TETAMU KEHORMAT YANG HADIR IALAH CIKGU MOHD KASIM ARIS, PENGETUA PERTAMA, DATO' AB HAKIM BORHAN, DATUK BANDAR KUALA LUMPUR YANG JUGA WAKIL ALUMNI SMKKKB.
LAPORAN PENUH BERKAITAN PENUBUHAN ALUMNI SMKKKB AKAN DISAMPAIKAN MELALUI LAMAN INI. URUSETIA MALAM REUNION JUGA ADA MENYEDIAKAN PENERBITAN DVD/VCD, GAMBAR "STILLPHOTO", MULTIMEDIA PRESENTATIONS DAN LAIN-LAIN MAKLUMAN. OLEH ITU, PESANAN BOLEH TERUS DIBUAT KEPADA PENGENDALI LAMAN BLOG INI, noradabirosdi@gmail.com
UNTUK MELIHAT FOTO (SEBAHAGIAN) MALAM REUNION DAN AILGITRI 1429H, BOLEHLAH MENGUNJUNGI LAMAN PHOTOBLOG RASMI, www.photoblog.com/alumnismkkkb

Isnin, 22 September 2008

REUNION ALUMNI SMK KKB

PASTI JADI KENYATAAN. INILAH MASANYA UNTUK KITA BERJUMPA SELEPAS 40 TAHUN BERPISAH, SEBARKANLAH KEPADA SESIAPA JUGA YANG BERKUNJUNG KE LAMAN BLOG INI. DIRI SENDIRI, ANAK MAHUPUN CUCU, SAMPAI-SAMPAIKANLAH.
KEPADA KOODINATOR KELAS, JALANKANLAH USAHA MENCARI, JANGAN TUNGGU LAGI, KEPADA ALUMNI SMKKKB, HUBUNGI KOODINATOR YANG TERSENARAI, ATAU HUBUNGI PENGENDALI LAMAN BLOG INI DAN LAIN-LAIN YANG DINYATAKAN.
KEHADIRAN ANDA SANGAT-SANGAT DIALU-ALUKAN, TENTUNYA PERCUMA, DATANGLAH PADA 18 OKTOBER 2008, SABTU DI PADANG SMK KUALA KUBU BHARU.

Ahad, 21 September 2008

NOSTALGIA BERKEKALAN

SAYA SEDANG MENYIAPKAN SEBUAH PERSEMBAHAN MULTIMEDIA YANG AKAN DIPERTONTONKAN PADA MAJLIS HARI RAYA DAN REUNION ALUMNI SMKKKB PADA 18-10-2008. BAGAIMANAPUN, UNTUK MENJADIKAN PERSEMBAHAN TERSEBUT LEBIH MENARIK, SAYA MEMERLUKAN BAHAN-BAHAN DOKUMENTASI IAITU FOTO, KERATAN AKHBAR, SLIDE ATAU APA SAHAJA. ANDA BOLEH POST DI ALAMAT EMAIL SAYA noradabirosdi@gmail.com ATAU SAYA BOLEH BERJUMPA ANDA, DISEKITAR LEMBAH KLANG/HULU SELANGOR. BAGAIMANAPUN, HUBUNGI SAYA SEBAGAIMANA NOMBOR TELEFON BIMBIT YANG TERTERA (019-3179 145), SMS PUN OK. SUMBANGAN ANDA ADALAH DIALU-ALUKAN. JIKA SEMUANYA OK, PERSEMBAHAN MULTIMEDIA TERSEBUT AKAN DISEBARKAN KEPADA ANDA MELALUI VCD/DVD.

TEKUN BERBINCANG UNTUK MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA DAN REUNION


DIPAPARKAN FOTO RAKAN-RAKAN JK PELAKSANA SEDANG MEMBINCANGKAN PERSIAPAN MAJLIS HARI RAYA DAN REUNION YANG AKAN DIJALANKAN. FOTO BAWAH, TEPI KIRI IALAH TUAN HJ MANAP JARKASI - PENGETUA SMKKKB SEKARANG, MANAKALA DITENGAH IALAH SDR MOHD FATEH HANIF - PENGERUSI JK PELAKSANA YANG JUGA TIMBALAN PENGERUSI INDUK ALUMNI SMKKKB.

KOORDINATOR KELAS UNTUK MAJLIS REUNION - 18 OKTOBER 2008

JK PELAKSANA MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1429H/2008M TELAH MELANTIK RAKAN-RAKAN SEPERTI DINYATAKAN DIBAWAH. BESARLAH HAJAT JK TERSEBUT UNTUK MENDAPAT KERJASAMA SEMUA UNTUK MENGHUBUNGI RAKAN-RAKAN KITA YANG DITUGASKAN UNTUK MENYELARASKAN PERTEMUAN INI. SETERUSNYA SEBARKANLAH MAKLUMAN INI SELUAS-LUASNYA. MOHON JUGA EMAILKAN MAKLUMAN INI KEPADA RAKAN-RAKAN. "COPY&PASTE" DAN POST DIDALAM BLOG/WEB ANDA.

TAHUN KOORDINATOR KELAS Tel No.

1965 YUSOF B. TALIB/YUSOF B. HJ ALI +6012-3030312/+6019-3835512
1966 NORLI B JAIN +6019-3097400
1967 ROHANI ZAMROD +6017-3019546
1968 ZAHARAH BT SAID +6013-3320303
1969 FARIDAANUM BT MOHD SAID +6019-3536326/+603-41056326
1970 AHMAD SHAHRIN MOHD YUNUS +6012-6481513
1971 NOR ADABI BIN ROSDI +6019-3179145/+6014-2375015
1972 ADNAN JAMIL/MOHD AMIN ISMAIL +6019-3756108/+6013-2983722
1973 SARIMAH AB AZIZ +6013-6678798
1974 OTHMAN HASHIM/BASRIN YAMAN +6012-6283320/+6019-3560262
1975 HASNAH ALI/AMINUDIN ALIAS +6012-6410504/+6016-6279199
1976 AMIR SHARIFUDIN/BAHARIN +6013-3882603/+013-3468485
1977 RAHMAN SIDEK
1978 NORAMAH JAMIL +6019-2385187
1979 KAMSANI MAHFUL/ZAKARIA MOHAMMED +6019-3805564/+6013-3382286
1980 ZAHARI BIN RUSDI +6013-3110455
1981 ABD. WAHI B. WAHID +6017-6010720
1982 MOHD AZMAN BIN ABD GHANI +6012-2058626
1983 ABD. WAHI B. WAHID/JULIA MAHASAN +6017-6010720/+6013-6701212
1984 ERHAM ZAINI
1985 KHAIRIL ANUAR SARJIDIN +6012-6949308
1986 YUSRI YASIN +6013-3948447
1987 AMIRUDIN BIN ZAINUDDIN
1988 KARTINI +6019-2186767
1989 GUNASEELAN KARUPANNAN
1990 ABD AZIZ MASUD
1991 NORHAIZAN ABD RAZAK (AYUB) +6016-3264148
1992 WAN ASRUL WAN ABDULLAH +6012-2874460
1993 MOHD NORAZMI TARMIZI
1994 NASLINA +6012-3965553
1995 INTAN +6019-3443838
1996 FAREHA +6013-3600045
1997 AZIE +6017-6653175
1998 MUTHU KUMAR
1999 JAMES CHNG XIAO YUAN
2000 JAMES CHNG XIAO YUAN
2001 IDA (PJBT UMNO BHG HULU SELANGOR) +6012-2447283
2002 NURUL NADIA BT MANAP +6012-2621190
2003 MOHD FAHMI KAMARUDDIN
2004 MOHD AEDI HAFRIZ +6012-2816120
2005 SITI SHAKINA HASSANUDIN +6017-2912592
2006 NURUL ASSHIMA AMINULLAH
2007 UMAR HANAFI +6012-3960675

Rabu, 17 September 2008

JEMPUTAN KE SAMBUTAN 'AIDILFITRI 2008/1429

UNTUK MELIHAT UKURAN SEBENAR, SILA KLIK DIATAS KAD JEMPUTAN INI.

Selasa, 16 September 2008

PERJUMPAAN ALUMNI SMKKKB DAN HARI RAYA 1429

HAJAT UNTUK MERIALISASIKAN PERJUMPAAN ALUMNI HAMPIR PASTI AKAN TERLAKSANA. JK PELAKSANA SEDANG RANCAK MENGATUR PERSIAPAN UNTUK PERJUMPAAN TERSEBUT YANG DIJANGKA AKAN DIADAKAN PADA 18 OKTOBER 2008.
SAYA MOHON KEPADA PENGNJUNG-PENGUNJUNG LAMAN INI SUPAYA DAPAT MEMANJANGKAN MAKLUMAT INI KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. HARAP DAPAT RESPON KEPADA SAYA MELALUI EMAIL YANG TERTERA. SAYA AKAN MAKLUMKAN MAKLUMAT TERKINI DARI SEMASA KESEMASA.

Khamis, 4 September 2008

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan Al Mubarak, semoga mendapat ganjaran melimpah ruah dari Allah. Kepada Pelajar SMKKKB, semoga sudah bersedia dengan kesungguhan untuk menghadapi peperiksaan. Kepada ALUMNI SMKKKB, tidak mungkinkah kita mengadakan pertemuan sempena Aidilfitri 1429 ini? Hubungi saya...

Isnin, 25 Ogos 2008

TERIMA KASIH

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengendali Laman SMK3KB yang sudi LINKS dengan laman blog ini. Semoga dengan kerjasama ini, hasrat saya sebagai pengendali laman NOSTALGIA SMKKKB untuk mempereratkan lagi alumni SMKKKB akan menjadi kenyataan. Walau pada awalnya, saya hanya bercadang untuk mengumpulkan bekas warga SMKKKB tahun 70han, tetapi oleh kerana respon yang terlalu memberangsangkan, saya mengambil keputusan untuk membuka laman ini kepada seluruh bekas pelajar sepanjang zaman SMKKKB, ayuh kita "KEMBALI SEMULA" ke SMKKKB. Kita berkumpul semula. Sebagai pengendali laman, saya terharu diatas blog SMK3KB yang LINKS kepada laman ini. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH X 1000000000000, TAK TERNILAI........ SAYA DAN BEKAS WARGA SMKKKB SAYANG SMKKKB. Dan sumbangkan apa yang patut untuk anak-anak dan adik-adik kita yang sedang tekun belajar di SMKKKB.

Sabtu, 23 Ogos 2008

ALUMNI SMKKKB - 2005

SAYA MENYAMPAIKAN HASRAT DAN HARAPAN DARI SITI SHAKINA HASANUDDIN, PELAJAR TINGKATAN 5 - 2005. BESAR BENAR HAJATNYA UNTUK BERJUMPA SEMULA DALAM SATU MAJLIS. UNTUK MEMENUHI HARAPANNYA ITU, SAYA BERHARAP ANDA SEMUA DAPAT MENGHUBUNGI SAYA DENGAN RESPON KE EMAIL SAYA: noradabirosdi@gmail.com . SAYA AKAN KUMPULKAN SEMUA MAKLUMAT ANDA DAN SETERUSNYA MEMAKLUMKAN KEPADA SITI SHAKINA. JADINYA, WAHAI ANAK-ANAKKU PELAJAR TINGKATAN LIMA 2005 SMKKKB, SUDI APALAH KIRANYA RESPON LAMAN INI, DAN PALING PASTI BERITAHULAH RAKAN-RAKAN, INGAT: SMK KKB....

BELAJAR SAMPAI BILA-BILA - TIPS OLEH AMALINA.

MENGINGATI PELAJARAN
"Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran. Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji."Bagaimana Menguasai Kesemua 17 Mata Pelajaran?"Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan.
Tip Mengingati Formula & Fakta

Buat nota ringkas
Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari tajuk bar
Wujudkan kata kunci.
Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa.
Banyak latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati.
Ulangkaji di rumah secara berterusan
Tip Menguat Ingatan
Tumpu perhatian penuh di dalam kelas.
Berfikiran positif.
Fikir perkara berfaedah sahaja.
Elak berfikir perkara yang memesongkan dan merosakkan minda.
Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanansegera.
Jangan minum minuman bergas.

Menghafal atau Memahami
"Ramai orang yang silap anggap. Saya tidak pernah menghafal mata pelajaran membabi buta. Waktu mengulangkaji saya fahamkan sesuatu konsep itu terlebih dahulu. Faham lebih penting. "Saya memahami konsep dan idea sesuatu topik itu. Apabila telah faham mudahlah untuk ingat. Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu."

Langkah Mengulangkaji
Saya menyemak sekali lalu bab yang saya hendak ulangkaji.
Saya membaca tajuk besar terlebih dahulu.
Kemudian saya membaca tajuk-tajuk kecil
Lepas itu saya meneliti dan cuba memahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera di dalam bab tersebut.
Apabila telah mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk itu barulah saya meneliti isinya secara detail
Saya tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks atau saya buat peta minda dalam buku nota khas.
Saya cari atau saya reka sendiri kata kunci.
Pada masa yang sama saya mengingat.
Saya mencipta kaedah saya sendiri untuk mengingati sesuatu yang sukar dan kompleks.
Ulangkaji awal, jangan tunggu hingga saat terakhir sebelum peperiksaan.
Kaedah Memahami
Fahami sesuatu konsep itu secara menyeluruh terlebih dahulu.
Setelah faham barulah mudah mengingat data dan menghafal.
Menghafal membuta tuli belum tentu dapat atau faham.
Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda.
Minda kita hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang dipelajari.
Study Hard atau Study Smart?
Study hard ialah menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study smart pula ialah memahami sesuatu topik dengan pantas dan selebihnya menggunakan minda untuk memberi hujah dan penjelasan. Study hard dan study smart sama penting. Kalau boleh kita hendaklah study hard dan study smart! 'Dan' bukan 'atau'.Jangan belajar last minute. Belajar last minute akan menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain. Kalau anda belajar dan mengulangkaji awal, anda mempunyai masa yang panjang dan selesa untuk study smart. Bagaimanapun korbankan banyak masa jika anda mahu cemerlang. Minta bantuan guru apa-apa yang tidak difahami.
Tetapkan Teknik Belajar
"Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan. Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan di dalam peperiksaan dengan senang dan mendapat keputusan yang cemerlang
Peranan Soalan Ramalan dan Soalan Tahun-tahun Lepas
" Soalan Ramalan selalunya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern dan kekerapan sesuatu topik itu keluar. Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting. Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat. Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.""Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar. Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan. Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan."
Pentingnya STUDY GROUP
" Di sekolah, saya ada study group sendiri. Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji dan berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas. Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin, di taman atau di pusat sumber." Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat dan perbincangan yang mantap. Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam. Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik." Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami. Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain." Suatu perkara yang kami sentiada pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan dan tidak terlalu banyak bermain dan ketawa. Ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak dicapai di dalam jangka masa yang ditetapkan."
Peranan Nota
Paling banyak membantu pembelajaran, jadi beri keutamaan.
Mengelakkan membaca buku teks yang tebal.Mengukuh kefahaman.
Pembelajaran yang cepat dan tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja.
Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan.Mudah menghubungkaitkan sesuatu topik atau peristiwa dengan yang lain.
Ketika menyediakan nota, bina kata kunci dan hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain.
Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei atau menjawab soalan peperiksaan.
Peranan Peta Minda
" Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan. Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan pada anda supaya berkesan. Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar atau mengulangkaji untuk memahami urutan, proses dan peristiwa."" Membina peta minda akan mengelakkan anda dari mengantuk. Gunakan warna atau dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian ketika belajar. Ini akan merangsang otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat."" Ketika mengulangkaji pula, peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas, padat dan mengikut turutan atau aliran. Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan."
KARANGAN INI DIPETIK DARI LAMAN BLOG SULUH PENGHIDUPAN, SMK TELOK DATUK. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU ZAHARI RUSDI, ALUMNI SMKKKB.

Rabu, 20 Ogos 2008

KEPADA SEMUA ALUMNI SMKKKB

Saya mula mendapat respon dari ALUMNI SMKKKB. Alhamdulillah, syukur yang amat sangat. Ini bermakna seruan dan hasrat saya untuk mengumpul, menyatukan bekas pelajar SMKKKB telah mula mendapat maklumbalas positif. Menjadi harapan saya, lebih ramai alumni akan terus menggunakan laman blog ini untuk terus bersama. Kepada Siti Shakinah, terimakasih saya ucapkan atas hasratnya untuk bertemu dan mendapat maklumat rakan-rakan tahun 2005 yang sama-sama menimba ilmu di Tingkatan 5 pada tahun tersebut. Jadi, saya berharap rakan-rakan Siti Shakinah akan login ke laman ini dengan sudi apalah kiranya mengirimkan/post maklumat masing-masing supaya saya akan post pula dan tentunya lebih ramai lagi rakan-rakan Siti Shakinah akan mendapat faedah darinya.
Saya juga berharap warga SMKKKB, akan post maklumat masing-masing kepada saya melalui email yang saya paparkan. Tak kiralah tahun berapa mereka belajar di SMKKKB. hanya melalui laman ini sahajalah kita akan dapat merealisasikan hasrat untuk bertemu kembali. Jika anak-anak/cucu bekas pelajar SMKKKB dapat berbuat demikian, tujuan saya untuk menyatukan semula warga SMKKKB akan terlaksana. Untuk menghubungi melalui surat satu persatu barangkali adalah amat berat untuk dilaksanakan. Marilah kita sama-sama berkumpul disini untuk bertanya khabar. InsyaAllah saya akan publishkan seberapa segera.
Kepada rakan-rakan yang sudah mempunyai laman blog, semoga tidak keberatan untuk post kepada saya, login blog masing-masing kepada saya, semoga saya dapat publish pula link blog masing-masing dan tentunya ini akan memudahkan lagi rakan-rakan terus menghubungi handaitaulan dilaman blog masing-masing pula. Kita gunakan kemudahan yang ada untuk terus menyemarakan lagi persahabatan kita, yang pastinya tidak putus.
Percayalah, laman blog bukanlah untuk menzahirkan sesuatu yang "menentang" satu-satu pihak sahaja. Kita gunakan laman blog ini untuk mempereratkan lagi tali silaturrahim diantara kita. Saya sayang SMKKKB, anda juga tentu sayang SMKKKB.
Selamat menyambut KEMERDEKAAN KE 51 MALAYSIA TERCINTA dan SELAMAT MENYAMBU RAMADAHAN AL-MUBARAK. Salam hormat dari saya.

Ahad, 10 Ogos 2008

ALUMNI SMKKKB

ALUMNI MAKNANYA BEKAS WARGA SMKKKB, TAK KIRALAH, SAMAADA DIA GURU, KAKITANGAN DAN PALING PENTING - PELAJAR, SEJAK SMKKKB MENJADI MERCU TANDA, SATU-SATUNYA SEKOLAH MENENGAH DI HULU SELANGOR. KEPADA ALUMNI SMKKKB, TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN INI. MENJADI HASRAT SAYA, UNTUK MENJADIKAN LAMAN INI SENTIASA DALAM KENANGAN DIHATI BEKAS WARGA SMKKKB. SAYA CUMALAH PENGENDALI LAMAN INI, ANDALAH WARGA SMKKKB YANG SETIA. SUMBANGKANLAH APA SAJA UNTUK ANAK-ANAK KITA DAN ADIK-ADIK KITA YANG MASIH MENUNUTUT DI SMKKKAB. SAYA BUKAN NAK SUMBANGAN WANG RINGGIT, SAYA MAHUKAN ANDA MENYUMBANGKAN BAHAN-BAHAN KARANGAN/RENCANA/BERITA/FOTO ATAU TAK KIRALAH APASAJA, UNTUK DIMUATKAN DI LAMAN NOSTALGIA SMKKKB. SAYA PERCAYA, SUMBANGAN ANDA AKAN MENJADI MOTIVASI UNTUK WARGA SMKKKB. MANA TAHU, LAMAN BLOG INI AKAN MENJADI PENDORONG UNTUK PERJUMPAAN KITA NANTI, YA PASTINYA ANDA JUGALAH YANG AKAN MEREALISASIKANNYA, INSYAALLAH....

Sabtu, 19 Julai 2008

PANDUAN UNTUK WARGA SMK KKB

MELALUI LAMAN INI, PANDUAN-PANDUAN UNTUK WARGA SMK KKB YANG SEDANG TEKUN MENGHADAPI PELAJARAN AKAN JUGA DISIARKAN. MELALUI SUMBANGAN YANG TIDAK SEBERAPA INI, DAPATLAH JUGA MENJADI "ILHAM" KEPADA ANAK-ANAK SEMUA. GUNAKANLAH SEPENUHNYA, JIKA BAIK GUNAKANNLAH.

Isnin, 7 Julai 2008

KUNJUNGAN HORMAT KELAMAN SMK3KB

Saya telah membuat "KUNJUNGAN HORMAT KELAMAN SMK3KB". SYABAS, anak-anak saya (Maaf Cikgu, mungkin cikgu yang mengendalikannya...), tengkuk saya meremang kerana saya "datang" semula kesekolah yang sangat-sangat saya sayangi iaitu ... SMK KKB, saya nak menangis bila mengenang nostalgia yang yang teramat indah ketika menuntut disekolah yang pada waktu itu satu-satunya sekolah menengah di Hulu Selangor selain SMKDK. Saya menjadi anak murid yang agak nakal pada tahun 1970/1971, ditingkatan 4/5.

InsyaAllah saya akan sampaikan dan maklumkan kepada seluruh bekas pelajar SMK KKB untuk melayari laman anda. Dan anda juga tolonglah warwarkan laman kendalian saya. Seawalnya, saya mohon izin untuk "mengambil" berita-berita dari laman anda untuk menjadi hiasan laman kami itu. Tidak mustahil, kita akan "link" antara sama lain.

Salam sayang teramat sayang kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU".

Kepada rakan-rakan - beritahulah anak cucu kita untuk mengunjungi SMK3KB di (smkkkb.blogspot.com)

Ahad, 6 Julai 2008

KEJAYAAN RAKAN-RAKAN

SEKEDAR MENYEBUT BEBERAPA NAMA, BUKAN BERNIAT APA-APA DISEBALIK PENYIARANNYA DILAMAN INI, SEIKHLASNYA SAYA AMAT BANGGA DENGAN KEJAYAAN RAKAN-RAKAN KITA YANG TELAH BERJAYA DIDALAM KERJAYA MASING-MASING. TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN SEMUA, ANDA MENYUMBANGKAN SESUATU YANG AMAT MEMBANGGAKAN KITA SEBAGAI PELAJAR SMKKKB. JANGAN KITA LUPAKAN SMKKKB.... ANTARA YANG INGIN DISEBUTKAN DISINI, ZULKEPLI AHMAD - PEGAWAI DAERAH PETALING, ABDULLAH ABD. RAHMAN - SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR, IDZAHAR RASHDI - KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH, KUALA SELANGOR, BAHARI SHAARI - PENGHULU BATANG KALI. SAYA AKAN PAPARKAN KEJAYAAN RAKAN-RAKAN KITA, KERANA RAKAN-RAKAN KITA TELAH BERJAYA SAMPAI KEPUNCAK YANG MEMBANGGAKAN. IA MERUPAKAN MOTIVASI UNTUK ANAK CUCU KITA.

BERITA KEMATIAN - ALFATIHAH

RAKAN KITA PELAJAR TINGKATAN LIMA 1971, SDR ZAKARIA BIN ZAINAL, ATAU LEBIH MESRA DENGAN NAMA KOYA, TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH. (SAYA MOHON MAAF KERANA TIDAK ADA MAKLUMAT SELENGKAPNYA YANG DIPEROLEHI, INSYAALLAH, DARI SEMASA KESEMASA SAYA AKAN PERKEMASKAN LAGI MAKLUMAT, APABILA SAYA PEROLEHI KELAK) MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH DAN SAMA-SAMALAH KITA PANJATKAN DOARESTU, SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKELOMPOK INSAN SOLOHIN, AMIN. KEPADA KELUARGA ALMARHUM ZAKARIA, BANYAKKAN BERSABAR, TABAHLAH MENGHADAPI UJIAN, WALAUPUN AMAT BERAT UNTUK MENERIMA KENYATAAN BAHAWA ORANG TERSAYANG SUDAH TIADA BERSAMA KITA.

SELAMAT DATANG KE LAMAN NOSTALGIASMKKKB

Barangkali mungkin, laman ini bukan yang pertama seumpamanya untuk bekas warga SMKKKB, barangkali sudah ada yang mengusahakannya. Selaku pengendali laman ini, bukanlah hajat saya untuk bersaing, saya sekedar mengisi ruang maya yang teramat luas ini untuk menyamapaikan berita berkaitan apasaja yang berlaku melibatkan bekas warga SMKKKB. Maafkan saya terlebih dahulu, barangkali maklumat yang saya akan sampaikan ini nanti akan hanya disekitar bekas warga SMKKKB 70/71, kerana saya adalah pelajar Tingkatan 4&5 pada 1970 dan 1971. Dan sesuai dengan ruang maya yang luas ini, saya akan keluar mencari bahan berita untuk dimuatkan dilaman ini, seadanya. Dan ia akan dibuka seluas-luasnya untuk warga SMKKKB seluruhnya.

Segalanya tidak akan terlaksana jika saya tidak mendapat sokongan dari semua. Dan laman ini sebenarnya terbuka untuk seluruh ahli keluarga bekas warga SMKKKB, tidak kiralah siapa sahaja, anak cucu yang mengetahui kewujudan laman ini. Warwarkanlah kepada sesiapa sahaja yang sepetutnya mesti tahu.

Respons dari anda amatlah dialu-alukan, sila e-mailkan kepada saya di noradabirosdi@gmail.com. Salam hormat dan ikhlas dari saya Nor Adabi bin Rosdi.