Isnin, 7 Julai 2008

KUNJUNGAN HORMAT KELAMAN SMK3KB

Saya telah membuat "KUNJUNGAN HORMAT KELAMAN SMK3KB". SYABAS, anak-anak saya (Maaf Cikgu, mungkin cikgu yang mengendalikannya...), tengkuk saya meremang kerana saya "datang" semula kesekolah yang sangat-sangat saya sayangi iaitu ... SMK KKB, saya nak menangis bila mengenang nostalgia yang yang teramat indah ketika menuntut disekolah yang pada waktu itu satu-satunya sekolah menengah di Hulu Selangor selain SMKDK. Saya menjadi anak murid yang agak nakal pada tahun 1970/1971, ditingkatan 4/5.

InsyaAllah saya akan sampaikan dan maklumkan kepada seluruh bekas pelajar SMK KKB untuk melayari laman anda. Dan anda juga tolonglah warwarkan laman kendalian saya. Seawalnya, saya mohon izin untuk "mengambil" berita-berita dari laman anda untuk menjadi hiasan laman kami itu. Tidak mustahil, kita akan "link" antara sama lain.

Salam sayang teramat sayang kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU".

Kepada rakan-rakan - beritahulah anak cucu kita untuk mengunjungi SMK3KB di (smkkkb.blogspot.com)