Ahad, 6 Julai 2008

SELAMAT DATANG KE LAMAN NOSTALGIASMKKKB

Barangkali mungkin, laman ini bukan yang pertama seumpamanya untuk bekas warga SMKKKB, barangkali sudah ada yang mengusahakannya. Selaku pengendali laman ini, bukanlah hajat saya untuk bersaing, saya sekedar mengisi ruang maya yang teramat luas ini untuk menyamapaikan berita berkaitan apasaja yang berlaku melibatkan bekas warga SMKKKB. Maafkan saya terlebih dahulu, barangkali maklumat yang saya akan sampaikan ini nanti akan hanya disekitar bekas warga SMKKKB 70/71, kerana saya adalah pelajar Tingkatan 4&5 pada 1970 dan 1971. Dan sesuai dengan ruang maya yang luas ini, saya akan keluar mencari bahan berita untuk dimuatkan dilaman ini, seadanya. Dan ia akan dibuka seluas-luasnya untuk warga SMKKKB seluruhnya.

Segalanya tidak akan terlaksana jika saya tidak mendapat sokongan dari semua. Dan laman ini sebenarnya terbuka untuk seluruh ahli keluarga bekas warga SMKKKB, tidak kiralah siapa sahaja, anak cucu yang mengetahui kewujudan laman ini. Warwarkanlah kepada sesiapa sahaja yang sepetutnya mesti tahu.

Respons dari anda amatlah dialu-alukan, sila e-mailkan kepada saya di noradabirosdi@gmail.com. Salam hormat dan ikhlas dari saya Nor Adabi bin Rosdi.