Isnin, 25 Ogos 2008

TERIMA KASIH

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengendali Laman SMK3KB yang sudi LINKS dengan laman blog ini. Semoga dengan kerjasama ini, hasrat saya sebagai pengendali laman NOSTALGIA SMKKKB untuk mempereratkan lagi alumni SMKKKB akan menjadi kenyataan. Walau pada awalnya, saya hanya bercadang untuk mengumpulkan bekas warga SMKKKB tahun 70han, tetapi oleh kerana respon yang terlalu memberangsangkan, saya mengambil keputusan untuk membuka laman ini kepada seluruh bekas pelajar sepanjang zaman SMKKKB, ayuh kita "KEMBALI SEMULA" ke SMKKKB. Kita berkumpul semula. Sebagai pengendali laman, saya terharu diatas blog SMK3KB yang LINKS kepada laman ini. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH X 1000000000000, TAK TERNILAI........ SAYA DAN BEKAS WARGA SMKKKB SAYANG SMKKKB. Dan sumbangkan apa yang patut untuk anak-anak dan adik-adik kita yang sedang tekun belajar di SMKKKB.

Sabtu, 23 Ogos 2008

ALUMNI SMKKKB - 2005

SAYA MENYAMPAIKAN HASRAT DAN HARAPAN DARI SITI SHAKINA HASANUDDIN, PELAJAR TINGKATAN 5 - 2005. BESAR BENAR HAJATNYA UNTUK BERJUMPA SEMULA DALAM SATU MAJLIS. UNTUK MEMENUHI HARAPANNYA ITU, SAYA BERHARAP ANDA SEMUA DAPAT MENGHUBUNGI SAYA DENGAN RESPON KE EMAIL SAYA: noradabirosdi@gmail.com . SAYA AKAN KUMPULKAN SEMUA MAKLUMAT ANDA DAN SETERUSNYA MEMAKLUMKAN KEPADA SITI SHAKINA. JADINYA, WAHAI ANAK-ANAKKU PELAJAR TINGKATAN LIMA 2005 SMKKKB, SUDI APALAH KIRANYA RESPON LAMAN INI, DAN PALING PASTI BERITAHULAH RAKAN-RAKAN, INGAT: SMK KKB....

BELAJAR SAMPAI BILA-BILA - TIPS OLEH AMALINA.

MENGINGATI PELAJARAN
"Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran. Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji."Bagaimana Menguasai Kesemua 17 Mata Pelajaran?"Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan.
Tip Mengingati Formula & Fakta

Buat nota ringkas
Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari tajuk bar
Wujudkan kata kunci.
Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa.
Banyak latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati.
Ulangkaji di rumah secara berterusan
Tip Menguat Ingatan
Tumpu perhatian penuh di dalam kelas.
Berfikiran positif.
Fikir perkara berfaedah sahaja.
Elak berfikir perkara yang memesongkan dan merosakkan minda.
Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanansegera.
Jangan minum minuman bergas.

Menghafal atau Memahami
"Ramai orang yang silap anggap. Saya tidak pernah menghafal mata pelajaran membabi buta. Waktu mengulangkaji saya fahamkan sesuatu konsep itu terlebih dahulu. Faham lebih penting. "Saya memahami konsep dan idea sesuatu topik itu. Apabila telah faham mudahlah untuk ingat. Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu."

Langkah Mengulangkaji
Saya menyemak sekali lalu bab yang saya hendak ulangkaji.
Saya membaca tajuk besar terlebih dahulu.
Kemudian saya membaca tajuk-tajuk kecil
Lepas itu saya meneliti dan cuba memahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera di dalam bab tersebut.
Apabila telah mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk itu barulah saya meneliti isinya secara detail
Saya tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks atau saya buat peta minda dalam buku nota khas.
Saya cari atau saya reka sendiri kata kunci.
Pada masa yang sama saya mengingat.
Saya mencipta kaedah saya sendiri untuk mengingati sesuatu yang sukar dan kompleks.
Ulangkaji awal, jangan tunggu hingga saat terakhir sebelum peperiksaan.
Kaedah Memahami
Fahami sesuatu konsep itu secara menyeluruh terlebih dahulu.
Setelah faham barulah mudah mengingat data dan menghafal.
Menghafal membuta tuli belum tentu dapat atau faham.
Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda.
Minda kita hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang dipelajari.
Study Hard atau Study Smart?
Study hard ialah menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study smart pula ialah memahami sesuatu topik dengan pantas dan selebihnya menggunakan minda untuk memberi hujah dan penjelasan. Study hard dan study smart sama penting. Kalau boleh kita hendaklah study hard dan study smart! 'Dan' bukan 'atau'.Jangan belajar last minute. Belajar last minute akan menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain. Kalau anda belajar dan mengulangkaji awal, anda mempunyai masa yang panjang dan selesa untuk study smart. Bagaimanapun korbankan banyak masa jika anda mahu cemerlang. Minta bantuan guru apa-apa yang tidak difahami.
Tetapkan Teknik Belajar
"Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan. Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan di dalam peperiksaan dengan senang dan mendapat keputusan yang cemerlang
Peranan Soalan Ramalan dan Soalan Tahun-tahun Lepas
" Soalan Ramalan selalunya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern dan kekerapan sesuatu topik itu keluar. Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting. Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat. Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.""Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar. Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan. Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan."
Pentingnya STUDY GROUP
" Di sekolah, saya ada study group sendiri. Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji dan berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas. Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin, di taman atau di pusat sumber." Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat dan perbincangan yang mantap. Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam. Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik." Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami. Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain." Suatu perkara yang kami sentiada pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan dan tidak terlalu banyak bermain dan ketawa. Ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak dicapai di dalam jangka masa yang ditetapkan."
Peranan Nota
Paling banyak membantu pembelajaran, jadi beri keutamaan.
Mengelakkan membaca buku teks yang tebal.Mengukuh kefahaman.
Pembelajaran yang cepat dan tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja.
Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan.Mudah menghubungkaitkan sesuatu topik atau peristiwa dengan yang lain.
Ketika menyediakan nota, bina kata kunci dan hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain.
Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei atau menjawab soalan peperiksaan.
Peranan Peta Minda
" Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan. Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan pada anda supaya berkesan. Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar atau mengulangkaji untuk memahami urutan, proses dan peristiwa."" Membina peta minda akan mengelakkan anda dari mengantuk. Gunakan warna atau dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian ketika belajar. Ini akan merangsang otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat."" Ketika mengulangkaji pula, peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas, padat dan mengikut turutan atau aliran. Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan."
KARANGAN INI DIPETIK DARI LAMAN BLOG SULUH PENGHIDUPAN, SMK TELOK DATUK. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU ZAHARI RUSDI, ALUMNI SMKKKB.

Rabu, 20 Ogos 2008

KEPADA SEMUA ALUMNI SMKKKB

Saya mula mendapat respon dari ALUMNI SMKKKB. Alhamdulillah, syukur yang amat sangat. Ini bermakna seruan dan hasrat saya untuk mengumpul, menyatukan bekas pelajar SMKKKB telah mula mendapat maklumbalas positif. Menjadi harapan saya, lebih ramai alumni akan terus menggunakan laman blog ini untuk terus bersama. Kepada Siti Shakinah, terimakasih saya ucapkan atas hasratnya untuk bertemu dan mendapat maklumat rakan-rakan tahun 2005 yang sama-sama menimba ilmu di Tingkatan 5 pada tahun tersebut. Jadi, saya berharap rakan-rakan Siti Shakinah akan login ke laman ini dengan sudi apalah kiranya mengirimkan/post maklumat masing-masing supaya saya akan post pula dan tentunya lebih ramai lagi rakan-rakan Siti Shakinah akan mendapat faedah darinya.
Saya juga berharap warga SMKKKB, akan post maklumat masing-masing kepada saya melalui email yang saya paparkan. Tak kiralah tahun berapa mereka belajar di SMKKKB. hanya melalui laman ini sahajalah kita akan dapat merealisasikan hasrat untuk bertemu kembali. Jika anak-anak/cucu bekas pelajar SMKKKB dapat berbuat demikian, tujuan saya untuk menyatukan semula warga SMKKKB akan terlaksana. Untuk menghubungi melalui surat satu persatu barangkali adalah amat berat untuk dilaksanakan. Marilah kita sama-sama berkumpul disini untuk bertanya khabar. InsyaAllah saya akan publishkan seberapa segera.
Kepada rakan-rakan yang sudah mempunyai laman blog, semoga tidak keberatan untuk post kepada saya, login blog masing-masing kepada saya, semoga saya dapat publish pula link blog masing-masing dan tentunya ini akan memudahkan lagi rakan-rakan terus menghubungi handaitaulan dilaman blog masing-masing pula. Kita gunakan kemudahan yang ada untuk terus menyemarakan lagi persahabatan kita, yang pastinya tidak putus.
Percayalah, laman blog bukanlah untuk menzahirkan sesuatu yang "menentang" satu-satu pihak sahaja. Kita gunakan laman blog ini untuk mempereratkan lagi tali silaturrahim diantara kita. Saya sayang SMKKKB, anda juga tentu sayang SMKKKB.
Selamat menyambut KEMERDEKAAN KE 51 MALAYSIA TERCINTA dan SELAMAT MENYAMBU RAMADAHAN AL-MUBARAK. Salam hormat dari saya.

Ahad, 10 Ogos 2008

ALUMNI SMKKKB

ALUMNI MAKNANYA BEKAS WARGA SMKKKB, TAK KIRALAH, SAMAADA DIA GURU, KAKITANGAN DAN PALING PENTING - PELAJAR, SEJAK SMKKKB MENJADI MERCU TANDA, SATU-SATUNYA SEKOLAH MENENGAH DI HULU SELANGOR. KEPADA ALUMNI SMKKKB, TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI LAMAN INI. MENJADI HASRAT SAYA, UNTUK MENJADIKAN LAMAN INI SENTIASA DALAM KENANGAN DIHATI BEKAS WARGA SMKKKB. SAYA CUMALAH PENGENDALI LAMAN INI, ANDALAH WARGA SMKKKB YANG SETIA. SUMBANGKANLAH APA SAJA UNTUK ANAK-ANAK KITA DAN ADIK-ADIK KITA YANG MASIH MENUNUTUT DI SMKKKAB. SAYA BUKAN NAK SUMBANGAN WANG RINGGIT, SAYA MAHUKAN ANDA MENYUMBANGKAN BAHAN-BAHAN KARANGAN/RENCANA/BERITA/FOTO ATAU TAK KIRALAH APASAJA, UNTUK DIMUATKAN DI LAMAN NOSTALGIA SMKKKB. SAYA PERCAYA, SUMBANGAN ANDA AKAN MENJADI MOTIVASI UNTUK WARGA SMKKKB. MANA TAHU, LAMAN BLOG INI AKAN MENJADI PENDORONG UNTUK PERJUMPAAN KITA NANTI, YA PASTINYA ANDA JUGALAH YANG AKAN MEREALISASIKANNYA, INSYAALLAH....