Sabtu, 19 Julai 2008

PANDUAN UNTUK WARGA SMK KKB

MELALUI LAMAN INI, PANDUAN-PANDUAN UNTUK WARGA SMK KKB YANG SEDANG TEKUN MENGHADAPI PELAJARAN AKAN JUGA DISIARKAN. MELALUI SUMBANGAN YANG TIDAK SEBERAPA INI, DAPATLAH JUGA MENJADI "ILHAM" KEPADA ANAK-ANAK SEMUA. GUNAKANLAH SEPENUHNYA, JIKA BAIK GUNAKANNLAH.

Isnin, 7 Julai 2008

KUNJUNGAN HORMAT KELAMAN SMK3KB

Saya telah membuat "KUNJUNGAN HORMAT KELAMAN SMK3KB". SYABAS, anak-anak saya (Maaf Cikgu, mungkin cikgu yang mengendalikannya...), tengkuk saya meremang kerana saya "datang" semula kesekolah yang sangat-sangat saya sayangi iaitu ... SMK KKB, saya nak menangis bila mengenang nostalgia yang yang teramat indah ketika menuntut disekolah yang pada waktu itu satu-satunya sekolah menengah di Hulu Selangor selain SMKDK. Saya menjadi anak murid yang agak nakal pada tahun 1970/1971, ditingkatan 4/5.

InsyaAllah saya akan sampaikan dan maklumkan kepada seluruh bekas pelajar SMK KKB untuk melayari laman anda. Dan anda juga tolonglah warwarkan laman kendalian saya. Seawalnya, saya mohon izin untuk "mengambil" berita-berita dari laman anda untuk menjadi hiasan laman kami itu. Tidak mustahil, kita akan "link" antara sama lain.

Salam sayang teramat sayang kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU".

Kepada rakan-rakan - beritahulah anak cucu kita untuk mengunjungi SMK3KB di (smkkkb.blogspot.com)

Ahad, 6 Julai 2008

KEJAYAAN RAKAN-RAKAN

SEKEDAR MENYEBUT BEBERAPA NAMA, BUKAN BERNIAT APA-APA DISEBALIK PENYIARANNYA DILAMAN INI, SEIKHLASNYA SAYA AMAT BANGGA DENGAN KEJAYAAN RAKAN-RAKAN KITA YANG TELAH BERJAYA DIDALAM KERJAYA MASING-MASING. TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN SEMUA, ANDA MENYUMBANGKAN SESUATU YANG AMAT MEMBANGGAKAN KITA SEBAGAI PELAJAR SMKKKB. JANGAN KITA LUPAKAN SMKKKB.... ANTARA YANG INGIN DISEBUTKAN DISINI, ZULKEPLI AHMAD - PEGAWAI DAERAH PETALING, ABDULLAH ABD. RAHMAN - SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR, IDZAHAR RASHDI - KETUA PENOLONG PEGAWAI DAERAH, KUALA SELANGOR, BAHARI SHAARI - PENGHULU BATANG KALI. SAYA AKAN PAPARKAN KEJAYAAN RAKAN-RAKAN KITA, KERANA RAKAN-RAKAN KITA TELAH BERJAYA SAMPAI KEPUNCAK YANG MEMBANGGAKAN. IA MERUPAKAN MOTIVASI UNTUK ANAK CUCU KITA.

BERITA KEMATIAN - ALFATIHAH

RAKAN KITA PELAJAR TINGKATAN LIMA 1971, SDR ZAKARIA BIN ZAINAL, ATAU LEBIH MESRA DENGAN NAMA KOYA, TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH. (SAYA MOHON MAAF KERANA TIDAK ADA MAKLUMAT SELENGKAPNYA YANG DIPEROLEHI, INSYAALLAH, DARI SEMASA KESEMASA SAYA AKAN PERKEMASKAN LAGI MAKLUMAT, APABILA SAYA PEROLEHI KELAK) MARILAH KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH DAN SAMA-SAMALAH KITA PANJATKAN DOARESTU, SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN DIKELOMPOK INSAN SOLOHIN, AMIN. KEPADA KELUARGA ALMARHUM ZAKARIA, BANYAKKAN BERSABAR, TABAHLAH MENGHADAPI UJIAN, WALAUPUN AMAT BERAT UNTUK MENERIMA KENYATAAN BAHAWA ORANG TERSAYANG SUDAH TIADA BERSAMA KITA.

SELAMAT DATANG KE LAMAN NOSTALGIASMKKKB

Barangkali mungkin, laman ini bukan yang pertama seumpamanya untuk bekas warga SMKKKB, barangkali sudah ada yang mengusahakannya. Selaku pengendali laman ini, bukanlah hajat saya untuk bersaing, saya sekedar mengisi ruang maya yang teramat luas ini untuk menyamapaikan berita berkaitan apasaja yang berlaku melibatkan bekas warga SMKKKB. Maafkan saya terlebih dahulu, barangkali maklumat yang saya akan sampaikan ini nanti akan hanya disekitar bekas warga SMKKKB 70/71, kerana saya adalah pelajar Tingkatan 4&5 pada 1970 dan 1971. Dan sesuai dengan ruang maya yang luas ini, saya akan keluar mencari bahan berita untuk dimuatkan dilaman ini, seadanya. Dan ia akan dibuka seluas-luasnya untuk warga SMKKKB seluruhnya.

Segalanya tidak akan terlaksana jika saya tidak mendapat sokongan dari semua. Dan laman ini sebenarnya terbuka untuk seluruh ahli keluarga bekas warga SMKKKB, tidak kiralah siapa sahaja, anak cucu yang mengetahui kewujudan laman ini. Warwarkanlah kepada sesiapa sahaja yang sepetutnya mesti tahu.

Respons dari anda amatlah dialu-alukan, sila e-mailkan kepada saya di noradabirosdi@gmail.com. Salam hormat dan ikhlas dari saya Nor Adabi bin Rosdi.